info
HULU SELANGOR: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao dilihat mempunyai sedikit kelebihan berbanding calon lain, menjelang hari pengundian esok yang dijangka mencatatkan peratusan keluar mengundi kira-kira 70 peratus. Kajian Ilham Centre mendapati, rekod pencapaian DAP mengikut setiap pusat daerah mengundi (DPM) yang agak konsisten sejak menang Pilihan Raya Umum ke-13, membawa ke Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023, menjadikan parti penyandang itu ada sedikit kelebihan. Ditambah pula berada dalam dua kerajaan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan, menambah ‘beban’ kepada lawan untuk menafikan kemenangan PH-DAP. Mengenai corak kempen Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Khairul Azhari Saut, Ilham Center berkata, isu kaum dan agama agak tepu dan sudah sampai ke siling, di tambah dengan faktor kawasan bercampur seumpama Kuala Kubu Baharu yang menjadikan kempen jalur keras tidak efektif dan sesuai. “Pengundi Melayu Selangor berbeza dengan pengundi di jajaran majoriti Melayu seperti Kedah, Terengganu atau Kelantan. Kurang cermat dengan asakan naratif perkauman dan agama, dengan harapan pengundi Melayu kekal, tetapi dalam masa yang sama pengundi bukan Melayu makin menjauh,” menurut kajian itu lagi. Mengenai corak kempen Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Khairul Azhari Saut, Ilham Center berkata, isu kaum dan agama agak tepu dan sudah sampai ke siling, di tambah dengan faktor kawasan bercampur seumpama Kuala Kubu Baharu yang menjadikan kempen jalur keras tidak efektif dan sesuai. “Pengundi Melayu Selangor berbeza dengan pengundi di jajaran majoriti Melayu seperti Kedah, Terengganu atau Kelantan. Kurang cermat dengan asakan naratif perkauman dan agama, dengan harapan pengundi Melayu kekal, tetapi dalam masa yang sama pengundi bukan Melayu makin menjauh,” menurut kajian itu lagi. #SPR #PRK #KKB #PN #PH #PAS #fypシ゚viral
Duration: 0 sPosted : Fri, 10 May 2024 14:29:16Views
384Daily-
Likes
14Daily-
Comments
4Daily-
Shares
8Daily-
ER
6.77%Daily-
Latest