report1 abgman59report2
AbgMan Khatib 🇲🇾
@abgman59-
gr23.06K
followers2.02K
videos13.27M
views317.58K
likesrk
ia
report3
report5
report6https://www.tiktok.com/@abgman59
report7
report8
report9
abgman59's pricing:
Nano: $50–$300
Micro: $300–$1,250
Mid: $1,250–$3,500
Macro: $3,500–$12,000
Celebrity: $12,000+
report10
#fyp #foryou #dlaciebie #viral #dcb #fy #tend #foryoupage #obsessed #makeup #makeuptutorial #sheingals #shein #sheinEu #leo
report11
report12
report13
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah individu yang dinamakan sebagai calon Yang Dipertua Dewan Negara berikutan kematian penyandangnya Datuk Mutang Tagal pada 10 Mei lepas adalah ramai. Beliau berkata bagaimanapun setakat ini, senarai nama itu belum dibincangkan. "... baru kita kemukakan nama untuk perbincangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Pada pertemuan itu, Abang Johari serta pemimpin kanan negeri turut membincangkan keputusan dasar agar ia dapat dilaksana dengan lebih berkesan serta memastikan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak. Terdahulu, Anwar merasmikan kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bertema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' yang dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara iaitu Kemboja, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina, Brunei, Timor Leste, China, Korea Selatan, Qatar, Kuwait serta Perancis. HAWANA 2024 adalah perhimpunan terbesar wartawan Malaysia anjuran Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah agensi pelaksana. -- BERNAMA #Speaker #dewannegara #calon #Madani #PMX #sarawaktiktok #gabunganpartisarawak
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan pertuduhan menghasut yang dihadapinya. Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan, untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan bersuara (mengeluarkan kenyataan) itu. "Perintah larangan bersuara yang dipohon pihak pendakwaan adalah dibenarkan setakat responden (Wan Muhammad Azri) tidak membuat sebarang komen atau hantaran berkaitan dengan pertuduhan sehingga kes ini selesai," katanya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh berkata perintah larangan itu penting bagi menghalang kekecohan berlaku, akibat komen yang dikeluarkan menyentuh mengenai pertuduhan yang dihadapi tertuduh. "Sebelum keadaan kecoh, kami membuat permohonan larangan bersuara kerana pihak yang terlibat dalam kes ini ialah Yang di-Pertuan Agong dan baginda tidak membuat sebarang komen dalam media sosial," katanya. Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Wan Muhammad Azri memohon agar semakan itu ditolak, kerana permohonan tersebut tidak menyatakan butiran terperinci berhubung kesannya kepada ketenteraman awam jika larangan bersuara tidak dikenakan terhadap anak guamnya. Bekas Exco Pemuda UMNO itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Bukit Bintang, di sini pada pukul 12 tengah hari, 29 April. Pertuduhan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama itu, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -- BERNAMA #Papagomo #trending #nocomment #fypage
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang memfailkan afidavit, menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan perintah tambahan dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 supaya bekas perdana menteri itu, menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan di rumah. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengikrarkan perkara itu menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co, di Mahkamah Tinggi, pada Selasa minggu lalu. Najib, 71, memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April, menerusi Tetuan Shafee & Co. Najib selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh. Dalam notis permohonan itu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024. Pemohon juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah. Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Beliau kemudiannya memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022. Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. - Sinar Harian #DSN #najibrazak #umno #TahananRumah #bossku #SRC #1MDB #kerajaanperpaduan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya belum menerima notis pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan. “Kalau tak silap saya, masih belum lagi kita terima (notis). "Baru-baru ini, ada perbincangan antara pegawai penyiasat saya dengan pihak peguam untuk undang-undang dari segi tempoh bermula dia perlu isytihar. “Itu saya serahkan kepada peguam penyiasat saya,” katanya ketika sidang media majlis menandatangi Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik di Malaysia di di Pusat Konvensyen Leo Moggie, pada Isnin. Pada 26 April media melaporkan, SPRM sekali lagi memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi dua anak Mahathir mengisytiharkan harta milik mereka. Pada 18 Januari lalu, kedua-dua ahli perniagaan itu diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009. Dalam pada itu, media turut melaporkan bahawa Mokhzani juga disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. -Sinar Harian #SPRM #PHBN #PN #PEJUANG #fypシ゚viral
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada Kerajaan Selangor tidak mengandungi sebarang kesalahan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tender itu diberikan oleh satu entiti lain yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tugas dan tanggungjawab menteri berkenaan. “Tugas Hannah Yeoh adalah sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau tidak ada kaitan dengan Kerajaan Selangor. “Saya nampak tidak ada kaitan Kerajaan Selangor dengan Kementerian Belia dan Sukan. “Buat masa ini saya tidak nampak ada sebarang kesalahan,” katanya ketika sidang media Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik di Malaysia di Pusat Konvensyen Leo Moggie, pada Isnin. Pada Jumaat, Exco Pelaburan, Perdagangan, dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han berkata, Asia Mobility dan Badan Bas Coach telah dipilih menjalankan sistem pengangkutan awam bagi batuan pertama dan terakhir di negeri itu. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pembentangan kepada jawatankuasa pengangkutan negeri dan berdasarkan pengalaman mereka melaksanakan konsep tersebut. - Sinar Harian #kerajaanperpaduan #SPRM #Madani #fyp
#selamatpagi Semalam kita telahpun dikejutkan dengan berita sebuah lagi pesawat milik Qatar Aurways mengalami Gelora Udara ( Air turbulence ) yg mana 12 orang termasuk 6 anak kapal telah tercedera. Nasihat saya kpd sahabat kalian, sentiasalah pakai seat belt ketika berada di tempat duduk masing2 ketika berada di dlm pesawat kapal terbang. Malang itu Tidak Berbau. #kitajagakita #geloraudara #airturbulence #QatarAirways #SAL #breakingnews #fypシ゚viral
00:31Kira-kira 12 termasuk enam anak kapal penerbangan Qatar Airways cedera selepas mengalami kejadian gelora udara dari Doha ke Ireland. Pihak berkuasa Lapangan Terbang Dublin pada Ahad berkata, bagaimanapun pesawat itu mendarat dengan selamat dan seperti yang dijadualkan. Penerbangan QR017, Boeing 787 Dreamliner, mendarat pada jam 1 tengah hari waktu tempatan. Sebaik sahaja mendarat, pasukan kecemasan dan polis lapangan terbang memberikan bantuan ke atas enam penumpang dan enam anak kapal. Laporan awal mendapati, gelora udara berlaku ketika pesawat itu merentasi ruang udara Turki. Penyiar Ireland RTE, memetik penumpang yang tiba di lapangan terbang, berkata kejadian itu berlaku kurang daripada 20 saat ketika anak-anak kapal sedang menyediakan makanan dan minuman. Qatar Airways berkata dalam satu kenyataan bahawa "sebilangan kecil" penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan ringan semasa penerbangan dan sedang menerima rawatan perubatan. Syarikat penerbangan itu tidak mengulas secara langsung mengenai gelora udara itu, tetapi berkata pihaknya akan melakukan siasatan dalaman. Minggu ini, seorang maut manakala puluhan cedera selepas pesawat Singapore Airlines dari London ke Singapura terpaksa mendarat di Bangkok akibat gelora udara teruk. Kredit : Astro: awani portal news. #airturbulence #fypシ゚viral #QatarAirways ^#,fyp
Selamat pagi. Apa khabar. Abg Man ingin nak berkongsi kata-kata motivasi diri hari ini. Sebelum itu jika awak nampak Profail Picture saya sedang berkelip-kelip itu bermaksudnya saya sedang buat Live. Awak boleh Like, Komen yg murni-murni, simpan, Repost serta Copylink video ini jika anda rasa ianya munafaat yg berguna. "JIKA KEHIDUPAN MEMBUAT DIRI MENANGIS, INGAT ADA RIBUAN KENANGAN INDAH YANG MEMBUATKAN KITA TERSENYUM" #MotivasiDiri #Newbies #fyp #sahabatbosskayy #SahabatAA #Clanismiyakinah #fypシ゚viral #sahabatabgmankhatib #trend
00:34MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak mahu memperkenal intrumen percukaian baharu sebaliknya melakukan penyasaran subsidi lebih adil dan menepati keperluan rakyat. Beliau berkata penyasaran subsidi diesel yang diumum sebelum ini mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu. "Saya tidak mahu perkenalkan instrumen percukaian baharu yang membebankan rakyat, tentang penyasaran subsidi diesel, diesel yang bocor ini melibatkan berbilion ringgit... orang kaya, perindustrian besar yang kerajaan masih berikan subsidi. "Jadi penyasaran subsidi itu dikenakan kepada orang-orang kaya, industri besar dan warga asing. Para nelayan dan pekebun kecil, pemandu grab dan teksi, semua dikecualikan... mungkin hampir sejuta rakyat dikecualikan daripada dikenakan cukai diesel," katanya. Anwar berkata demikian ketika berucap di Konvensyen MADANI yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menggesa semua kementerian dan jabatan menjadikan slogan MADANI satu konsep yang dinamik selari dengan perkembangan teknologi, digitalisasi serta kecerdasan buatan (AI) dalam membangunkan negara. Anwar juga menyentuh mengenai Persidangan Ekonomi Islam yang berlangsung pada 28 dan 29 Mei ini di Kuala Lumpur yang akan mengambil kira teras Maqasid Syariah iaitu skop lebih luas dan menyeluruh. "Persidangan ekonomi tersebut akan melihat ekonomi Islam dari aspek Maqasid yang lebih luas, bermakna bagaimana penyertaan rakyat, memperbaiki kesenjangan sosial, menggunakan peluang dan meneroka teknologi digital AI. "Persidangan itu akan membawa satu pemikiran baharu yang saya anggap MADANI kerana ia membicarakan soal masyarakat, mencakupi semua bidang," katanya. Ab Rauf pula berkata 10 resolusi telah diperhalusi untuk dicerakin dan direalisasikan dalam konvensyen yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu. Beliau berkata ia termasuk mengakui Malaysia MADANI adalah gagasan yang berupaya menyelesaikan permasalahan ummah, memenuhi kehendak semasa dan masa hadapan serta potensi rakyat negeri dan negara. "Suara dan hasrat rakyat serta agensi kerajaan harus disinergikan sebagai usaha membangun negara MADANI seiring dengan kegiatan dakwah agar mesej RAHMAH dapat diterjemahkan kepada masyarakat dengan lebih strategik. "Jabatan Ketua Menteri sebagai jabatan utama negeri perlu menjadi penyelaras bagi penyaluran dana daripada kerajaan kepada rakyat di seluruh negeri Melaka," katanya. -- BERNAMA #kerajaanperpaduan #PN #Muda #fypシ゚viral
TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23similar
irsadmaulana
@irsadmaulana2739.74K
followers
62
videos
Juliet Romeo Foxtrot
@fabellarjai38.35K
followers
106
videos
FAHIMA
@fahima_munalisa37.21K
followers
499
videos
VER✨NICA
@mshunnyv36.08K
followers
721
videos
APRENDE INGLÉS
@love_your_fife35.51K
followers
114
videos
Hôm nay mặc gì ✈️💵
@chumuctentnam34.80K
followers
12
videos
adjeekahijab
@adjeekahijab31.05K
followers
511
videos
MacbethStudioShop
@macbethphilippines31.01K
followers
181
videos
กีรติ พ้นภัย❤️
@mint_680728.55K
followers
207
videos
Sepatu dan tas anak import
@abidzar_hamizan28.26K
followers
341
videos
other
GRÉCIA•
@grecia4_2.41M
followers
136
videos
Nick Novak
@mrnicknovak949.85K
followers
989
videos
Yassa van de Beek 🧚🏻♀️✨
@yassatattoo169.88K
followers
628
videos
Mine
@mintttttttg122.52K
followers
0
videos
Regal Cinemas
@the_regal_life101.70K
followers
39
videos
Sinh lí nam
@canhshopp20.86K
followers
307
videos
Home Arena
@homearena.my16.68K
followers
35
videos
QueenSavageFinds
@queensavage081916.64K
followers
1.46K
videos
Eda bere Eda bere
@edabereedabere796.03K
followers
638
videos
Độc lạ Bigsize
@hotrend113.93K
followers
187
videos