Alhamdulillah, selesai lawatan singkat ke Sarawak semalam. Pelbagai perkara dibincang dan dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, khususnya terkait soal pembangunan sektor kesihatan dan pendidikan. Kini masa untuk semua kementerian dan agensi terus bekerja bagi memastikan apa yang telah direncana segera dilaksanakan agar kebajikan rakyat Sarawak terbela dan terpelihara. Insya-Allah mun ada rezeki, jumpa lagik kelak! #MalaysiaMADANI