info
Awas! Tunggul Tali Pusat Bayi Punca Jangkitan Pada Bayi.. Tunggul tali pusat bayi atau umbilical cord adalah satu perkara yang perlu ibu bapa ambil berat semasa bayi dalam tempoh berpantang. Tunggul tali pusat sepanjang 2-3 cm dan disepit dengan penyepit plastik dipanggil ‘cord clamp’selalunya mengambil masa selama 5-21 hari. Tunggul tali pusat bayi yang baru lahir akan berwarna putih kebiru-biruan. Kemudian akan berubah menjadi merah dan seterusnya kehitam-hitaman. Akhirnya tali pusat ini akan kering dan gugur sendiri dari pusat bayi. Dalam masa itu, akan terdapat sedikit kesan seperti luka. Tapi usah risau kerana ia akan pulih dan menjadi pusat bayi anda. Tali pusat yang telah tanggal hendaklah dibersihkan dan ditanam. Sangat penting untuk menjada tali pusat ini sepaya sentiasa bersih, kering dan tiada tanda-tanda jangkitan seperti berair dan bernanah. Jangan terkejut jika ada ibu bapa yang membawa bayinya yang masih dalam tempoh berpantang, dengan keadaan tunggul tali pusat yang bengkak dan sudah berbau busuk. Itu merupakan tanda-tanda jangkitan dan bayi boleh meni*nggal disebabkan jangkitan tersebut. #ibuHamil #ibumengandung #newbornbaby
Duration: 0 sPosted : Sun, 10 Mar 2024 06:02:53Views
18.8KDaily-
Likes
205Daily-
Comments
4Daily-
Shares
11Daily-
ER
1.17%Daily-