info
Seramai 40 Komando dari Rejimen 22 Komando telah melaksanakan Latihan Kemahiran Pasukan Khusus Dan Mendaki Puncak Gunung Ledang. Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan kekuatan fizikal dan mental pegawai serta anggota di dalam menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Ianya juga bertujuan untuk memastikan tahap siap siaga pegawai dan anggota rejimen ini sentiasa berada pada tahap yang tinggi. Kaedah pelaksanaan latihan melibatkan Ronda Kumpulan Kecil (RKK) dimulai dengan pendakian Gunung Ledang dan telah berakhir dengan latihan menembak di waktu siang dan malam menggunakan pelbagai jenis persenjataan bertempat di Lapang Sasar 600m Galeri Gemas. Latihan menembak ini juga turut mengaplikasikan πππ ππ°π―π΅π’π€π΅ ππ³πͺππ agar kompetensi anggota berada ditahap yang tertinggi. Pelaksanaan Ujian Kelayakan Kemahiran Individu (UKKI) juga turut dikendalikan sepanjang latihan ini dilaksanakan melibatkan pengendalian radio dan ilmu membaca peta dalam RKK yang telah dibentuk. Kredit: 21 GGK πͺπ²πΎ #tentera #tenteradarat #21gerupgerakkhas #komandoggk #gerupgerakhas
Duration: 0 sPosted : Thu, 28 Mar 2024 08:04:15Views
54.3KDaily-
Likes
3.3KDaily-
Comments
58Daily-
Shares
136Daily-
ER
6.51%Daily-
Latest