info
Alhamdulillah,selesai sudah majlis pemberian zakat di Sungai Layar,Sg Petani Kedah,Di kampung arwah Bapa saya,setiap tahun mmg menjadi rutin majlis sebegini diadakan,tapi kali ni lain sangat rasanya tanpa arwah bapa saya,biasanya semua urusan dari pencarian asnaf,pembelian barang semua dia yg uruskan,dia yg akan paling sibuk sehingga majlis selesai,tapi kali ni adik beradik dan sahabat2 baik arwah bapa saya yg banyak uruskan dan membantu….. Kembalinya orang tua kita ke pangkuan Illahi bukan bermakna berakhirnya peluang kita sebagai anak berbakti kepada arwah. Allah menunjukkan banyak cara untuk kita dapat terus mengalirkan pahala buat mereka sebagaimana sewaktu mereka masih hidup. Antaranya Terus kekalkan silaturahim dengan teman teman arwah dan saudara mara,Mencontohi amalan baik mereka dan, Lakukan perkara yang diinginkan arwah. Semoga sekiranya ada amalan baik saya ketika hidup ini sampai pahalanya kepada arwah bapa saya❤️❤️❤️
Duration: 81 sPosted : Sat, 27 Apr 2024 10:57:59Views
118.3KDaily-
Likes
4.3KDaily-
Comments
119Daily-
Shares
91Daily-
ER
3.81%Daily-