info
Sebelum buat kebaikan, lafazkan perkataan ini; أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ Maksudnya: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” Ini suggestion daripada guru Fatin sendiri, Ust Syaari Ab Rahman. Untuk pengertian lanjut, boleh baca penerangan di bawah penulisan Dr Zulkifli ya! “isti‘azah adalah meminta perlindungan ataupun pemeliharaan. Maka seseorang yang mengucapkan kalimah ini, dia sedang meminta perlindungan kepada Allah SWT agar menjaga dan memeliharanya daripada sebarang gangguan dan godaan daripada syaitan yang direjam. Ibn Kathir menyebutkan, isti‘azah adalah meminta pertolongan iaitu aku memohon perlindungan kepada Allah tanpa selainnya daripada makhluk ciptaan-Nya daripada syaitan itu memudaratkan diriku pada agamaku atau ia memalingkan aku daripada kebenaran.” Penerangan daripada laman sesawang @drzulkifli.albakri
Duration: 71 sPosted : Mon, 06 May 2024 12:58:57Views
2.8KDaily-
Likes
300Daily-
Comments
12Daily-
Shares
16Daily-
ER
11.81%Daily-