Luaran tampak seperti tiada masalah, dalaman siapa yang tahu. Inilah gambaran yang sesuai buat jejaka yang berasal dari Terengganu ini. Segalanya disimpan rapi dalam kamus hidupnya. Pernah menetap di utara tanah air dan bekerja sebagai seorang operator. Kini, dia pulang ke negeri kelahirannyq untuk menjaga umi selepas kematian abahnya. Inilah pengorbanan seorang anak yang tidak mampu dibayar oleh siapa-siapa. Baru saja kehilangan orang tersayang, kini dia turut ditipu “scammer” rumah sewa. Ayah kepada seorang cahaya mata ini terpaksa berputih mata akibat lesap RM700 sekelip mata. Ambil keputusan menggunakan baki RM600 yang tinggal dalam akaun bank untuk sertai rakan niaga Pak Mat Western. Usaha tidak mengkhianati hasil. Wang yang dilabur berjaya mendatangkan hasil yang lumayan. Jualan kini cecah RM30,000 lebih sebulan. Miliki 12 ejen dan 4 orang “dropship” dibawah jagaannya. “Jangan takut untuk promosikan jualan supaya orang kenal produk yang kita jual”, katanya. #fyp #foryou #foryoupage