Allah Maha Baik…Maha Penyayang❤️ Dalam keadaan mental & emosi yang sangat down dengan tubuh badan baru nak kebah dari demam saraf & sendi,Sang Kekasih Ya Rabb bagi satu kekuatan luar biasa untuk melangkah bagi sempurnakan misi paling penting dalam hidup iaitu rukun Islam ke-4; menunaikan ZAKAT yang tinggal 2 hari je lagi sebelum berakhirnya tahun 2023. Alhamdulillah langkah kanan di Jumaat yang barakah.Kebetulan orang2 paling penting dalam @pusatpungutanzakat MAIWP baru selesai meeting di ketuai oleh Pengerusi PPZ-MAIWP sendiri Tan Sri Dato’ Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman (topi biru) & dalam sesi minum petang,langsung diajak saya & wife join sekali. Sambil2 minum petang,saya gunakan peluang mohon bantuan ‘memanda2 menteri’ PPZ-MAIWP untuk ketepatan kiraan Zakat Perniagaan @NORMEY yg saya kurang arif berbanding kiraan zakat individu.Alhamdulillah syukur nikmat segalanya dipermudahkan🤲🏻 Terima kasih sekali lagi Allah & terima kasih Tan Sri dan barisan ‘memanda menteri’nya Tuan Hj. Nor Mukshar Harun - Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Dan Pemasaran Digital PPZ-MAIWP, Tuan Azhan Ismail - Ketua Pegawai Kewangan PPZ-MAIWP, Tuan Muhammad Faizul Wahab - Pengurus Kanan Unit Dakwah Perniagaan PPZ-MAIWP & Tuan Mohd Yasir Ibrahim - Eksekutif Unit Dakwah Perniagaan PPZ-MAIWP. Saya akan kembali semula tahun depan dengan #MisiZakat7Angka in shaa Allah!☝🏻