info
ISTERI SAYA TAK KERJA !!! 🤕🤕 Perbualan antara Suami (S) dan Pakar Psikologi (P): P : Encik Amir kerja apa ? S : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank. P : isteri anda ? S : Dia tidak bekerja, Dia hanya seorang suri rumah. P : Siapa yang menyediakan sarapan untuk keluarga anda pada waktu pagi? S : Isteri saya, kerana dia tidak bekerja. P : Pada pukul berapa isteri anda bangun untuk membuat sarapan? S : Dia bangun pada pukul 5 pagi kerana dia mengemas rumah terlebih dahulu sebelum membuat sarapan. P : Bagaimana anak-anak anda pergi ke sekolah? S : Isteri saya membawa mereka ke sekolah, kerana dia tidak bekerja. P : Selepas membawa anak-anak anda ke sekolah, apa yang dia lakukan? S : Dia pergi ke pasar, kemudian pulang ke rumah untuk memasak dan mencuci pakaian. Sebab dia tidak bekerja. P : Pada waktu petang, selepas anda pulang dari pejabat, apa yang anda lakukan? S : Berehat kerana saya letih kerana bekerja sepanjang hari. P : Kemudian , apa yang isteri anda lakukan ? S : Dia memasak makanan, melayan anak-anak kami, menyediakan makanan untuk saya dan membersihkan pinggan mangkuk, mengemas rumah kemudian tidurkan anak . P : Rutin harian isteri anda bermula dari awal pagi hingga larut malam dan anda memanggilnya TIDAK BEKERJA ? S : **senyap terdiam** Ya, menjadi suri rumah tidak memerlukan sijil Ijazah ataupun phd , walaupun jawatan tinggi, tetapi ada peranan yang sangat penting! Hargai isteri kerana pengorbanan mereka tidak terkira, Jadi pengajaran dan renungan untuk kita semua memahami dan menghargai peranan masing-masing. ***All about a woman*** Mesej yang sangat menyentuh hati dari seorang perempuan. Seseorang bertanya kepadanya, Adakah anda seorang wanita bekerja atau suri rumah? Dia menjawab : Ya, saya kerja sepenuh masa ! Suri rumah yang bekerja . Saya bekerja 24 jam sehari. 🥹 Saya seorang Ibu. Saya seorang Isteri. Saya seorang Anak perempuan. Saya menantu. Saya jam penggera. Saya seorang Tukang Masak. Saya seorang Pembantu Rumah. Saya seorang guru. Saya seorang Pelayan. Saya seorang Pengasuh. Saya seorang jururawat. Saya seorang Tukang. Saya seorang pegawai Keselamatan. Saya seorang Kaunselor. Saya Penghibur. Saya tiada cuti Saya tiada MC Saya tiada emergency leave Saya bekerja sepanjang hari dan malam. Saya sentiasa dicari sepanjang masa dan dibayar dengan ayat "TIDAK BEKERJA" . Kepada semua Geng Suri Rumah , ambil laa masa untuk berehat . Kita bina keluarga bersama sama . Penat lelah uruskan rumahtangga patut dikongsi bersama suami juga ! Surirumah bukan alasan untuk kita tidak berehat. rehat laaaaa . ambik masa untuk diri sendiri .🥰 #akuseorangisteri #akuseorangibu #akuseorangsurirumah #hargailah #bahagiakubersamamu #bahagiakusederhana #fypdongggggggg #fypシ゚viral
Duration: 39 sPosted : Wed, 08 May 2024 11:36:32Views
242Daily-
Likes
20Daily-
Comments
2Daily-
Shares
0Daily-
ER
9.09%Daily-
Latest