info
Bila anak kau tanya soalan yang tak sendiri tak ada jawapan. Rasa pipi macam kena tampar. 🌹 TEASER 4: PENGANTIN TANPA ISTERI Qina yang sedang mencedok nasi ke dalam mangkuk, pantas berpaling saat mendengar bunyi bersin di belakangnya. Melihat seraut wajah comel yang sedang tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi kanan, dia mengetap bibir. “Mama tengah buat apa?” sapa suara kecil sambil mula mengatur langkah menghampiri mamanya. “Mama baru siap masak aje ni. Bersin lagi?” “Hidung Eyad rasa gatallah mama. Macam ada orang garu-garu dari dalam. Lepas tu ada air keluar sikit.” Qina tutup periuk yang masih berbaki dengan nasi. Terlebih masak dia hari ini. Kemudian mangkuk berisi nasi yang masih berasap kecil diletakkan di atas table top berwarna hitam. Dia menghampiri Eyad yang berdiri di sisi peti ais. Belakang tangan didekatkan dengan dahi Eyad. “Eyad demam ke mama?” tanya Eyad dengan riak takut. “Kalau Eyad demam kenapa?” Mata yang mula risau itu, ditatap kasih. Sengaja soalan Eyad tak dijawab, mengusik satu-satunya anak yang dia ada itu. Kepala berambut lurus lembut itu diusap-usap penuh kasih. Lega kerana suhu badan anaknya itu biasa-biasa saja walaupun sejak tadi, dia mendengar Eyad bersin beberapa kali. “Esok Eyad ada latihan nyanyi kat sekolah.” “Siapa suruh Eyad mandi hujan tadi? Mama dah kata jangan mandi, kan? Takut Eyad demam.” “Sesekali...” Eyad tersengih menampakkan gigi susunya yang masih tersusun elok, walaupun tiga hari lepas anaknya itu genap berusia enam tahun. Merenung mata yang nampak bercahaya itu, dia menarik nafas lega. Inilah dia kekuatannya dalam masa tujuh tahun kebelakangan ini. Kalau Eyad tak ada, dia sendiri tak tahu kehidupan jenis apa yang perlu dia jalani selepas meninggalkan Ariq pada malam yang baginya, durjana. “Apa agaknya yang abang tengah buat sekarang ni? Qina, rindu...” “Mama kata rindu. Rindu kat siapa?” Terkejut dengan soalan Eyad, Qina gigit bibir perlahan. Terlalu hanyut dibuai rindu pada Ariq buat dia tak sedar kata sudah terlepas di hadapan Eyad. “Ada ke mama sebut kata rindu tadi?” Eyad angguk, mengiakan pertanyaan mamanya itu. “Tak adalah. Eyad salah dengar tu. Mama sebut lainlah.” “Tapi mama cakap kat tepi telinga Eyad tadi.” Ketawa kecil Qina meletus. Sejujurnya, tak mudah menggula-gulakan Eyad. Anak itu kadang-kadang cara berfikir dan bercakap tak seperti usia yang sedang digalas. Kalau makin lama dihayati, setiap kata-katanya pula saling tak tumpah seperti Ariq. “Anak abang dah besar. Dah enam tahun,” bisik Qina sendu. “Mama?” Kali ini suara Eyad sedikit kuat. Matanya membulat merenung mamanya penuh minat. Ada tanda tanya besar di kepalanya. “Kenapa? Ariq tak sihat ke nak?” “Mama cakap pasal Eyad ke tadi?” “Mama ada sebut nama Eyad ke?” “Mama kata anak abang dah besar. Dah enam tahun.” Qina terasa seperti hendak menepuk mulut sendiri. Sepatutnya dia lebih berhati-hati bila berkata-kata. Tapi sungguh, dia tak tahu apa yang tak kena dengan dirinya sejak akhir-akhir ini. Ingatannya pada Ariq jadi semakin kuat. Dia sungguh-sungguh rindu. “Abang tu siapa mama?” Makin galau hati Qina. Tak tahu hendak menjawab apa pada Eyad. Dalam usia sekecil ini, Eyad tak akan mungkin memahami masalah orang dewasa. Dia takut akhirnya nanti, soalan demi soalan yang bakal Eyad tanyakan padanya. Tapi paling dia takut, Eyad bertanya kenapa dia meninggalkan Ariq sedangkan dia sangat sayangkan suaminya itu. “Siapa abang yang mama sebut tadi?” tanya Eyad seperti mendesak. #pengantintanpaisteri #aleyaaneesa #ebookrecommendation #ijjalyzabookstore #pbakl2024 #ebooktiktok
Duration: 0 sPosted : Sun, 12 May 2024 10:47:47Views
1.4KDaily-
Likes
30Daily-
Comments
1Daily-
Shares
0Daily-
ER
2.23%Daily-
Latest