report1 h315t_report2
H315T™_🇵🇸
@h315t_-
gr120.49K
followers2.58K
videos329.17M
views7.98M
likesrk
ia
report3
report5
report6https://www.tiktok.com/@h315t_
report7
report8
report9
h315t_'s pricing:
Nano: $50–$300
Micro: $300–$1,250
Mid: $1,250–$3,500
Macro: $3,500–$12,000
Celebrity: $12,000+
report10
#fyp #foryou #dlaciebie #viral #dcb #fy #tend #foryoupage #obsessed #makeup #makeuptutorial #sheingals #shein #sheinEu #leo
report11
report12
report13
Tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim melecur tahap empat di sekitar tubuhnya yang terkena simbahan asid semalam. Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar mengenai perkembangan terkini pemain bola sepak negara itu. Menurut Shahril Mokhtar, pemain itu akan menjalani pembedahan kedua akibat kecederaan dialaminya dan dia akan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sepuluh hari. Pada peringkat awal, kecederaan Faisal dilihat tidak terlalu serius dan melecur tahap dua tetapi keadaan bertambah parah selepas diteliti oleh pegawai perubatan hari ini. “Kami bertemu dengannya (Faisal) di hospital pertama selepas dia dirawat. Dia boleh bercakap dan berkomunikasi, dalam nada yang rendah. “Kemudian kelab memindahkannya ke hospital panel dan ketika itulah diberitahu dia perlu dibedah kerana keadaan kulitnya. “Pada tengah hari Isnin, kami diberitahu ia bukan melecur tahap dua tetapi tahap empat. Ia agak teruk. Dia tidak dapat rasa lengan kirinya. “Akan ada pembedahan kedua atau lebih. Dia tidak dapat berkomunikasi dengan jelas selepas pembedahan (pertama) dan akan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sepuluh hari,” katanya. Tambah Shahril, Faisal Halim yang lebih dikenali sebagai Mickey perlu berada di hospital sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu. Berita mengenai khabar perkembangan terkini Faisal Halim sememangnya tidak henti menjadi bualan warganet apabila keadaan pemain itu bertambah serius selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di pusat beli belah di Damansara, semalam. Rata-rata dalam kalangan warganet memandang serius akan keadaan dan kecederaan yang dialami oleh pemain bola sepak kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu. Dalam perkembangan lain, seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai ada kaitan dengan kes simbah asid terhadap Faisal Halim berjaya diberkas. Suspek kini direman selama dua hari untuk membantu siasatan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek dikesan berdasarkan nombor pendaftaran motosikal yang dikenal pasti semasa serangan itu. Beliau dalam pada itu turut menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian berkenaan. Sumber: X redzuanNewsMPB, The Star #faisalhalim #mickey #selangorfc #asid #tahap4 #icu #semogacepatsembuh
00:20Pelakon sensasi, Ruhainies nak tutup buku selain mendedahkan dirinya tidak lagi berhubung dengan selebriti Aliff Aziz sejak kontroversi skandal hubungan mereka bertambah parah. Tegas pemilik nama Nur Ruhaines Farehah Zainul Ilyas, dia sudah tidak lagi berhubung dengan aktor tersebut dan enggan memanjangkan lagi isu tersebut. Ruhainies berkata, dirinya hanya mahu memberi fokus kepada kerjaya seninya sekarang. “Tiada lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku,”katanya. Tambah pelakon berusia 31 tahun, dia sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka dan semua pihak boleh bergerak ke hadapan tanpa memikirkan kes yang berlaku itu. Ruhainies bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut kerana bimbang isu tersebut tidak akan berkesudahan. “Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi. “Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Apa yang saya boleh katakan, saya tak mahu memanjangkan isu ini, “Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang. Bila ada kenyataan baharu, takut tiada penghujung,” katanya. Dalam pada itu, dia turut memaklumkan dia ada menghubungi isteri Aliff iaitu Bella Astillah yang juga selebriti susulan permohonan maafnya tidak diendahkan. Akan tetapi, dia yakin bahawa Bella sudah tahu dan maklum dengan permohonan maaf dibuat secara terbuka, baru-baru ini. Dia juga enggan memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut mengenai dakwaan komplot Aliff untuk menjatuhkan Bella Astillah. “Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat. “Benda itu di luar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi,” ujarnya lagi. Nama Ruhainies dan Aliff Aziz menjadi bualan panas apabila mereka berdua ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu. Susulan daripada kejadian itu, Bella memafailkan cerai terhadap Aliff secara ekspre di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu. Namun, aktor itu enggan melafazkan cerai kerana masih sayang akan isteri dan anak-anak. Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Sumber: IG officialhlive #nrf #ruhainies #mintakmaaf #aliffaziz
00:14Kes berlutut minta maaf selesai antara pihak penyanyi rap sensasi Caprice dan seorang pemuda, baru-baru ini telah selesai. Susulan itu, penyanyi yang juga pempengaruh media sosial meminta mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kes pemuda berkenaan berlutut minta maaf depan isterinya, Farra Inalis ‘move on’. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, kes berlutut minta maaf selesai dan pihak keluarga pemuda berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah dengan tindakan yang dilakukan oleh isterinya. “Kes ditutup. Pihak atau ibu pemuda tu pun okey dengan tindakan kami. Jadi, kepada sesiapa yang masih tidak berpuas hati dengan cara Elis, dah boleh move on,”katanya. Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun meminta orang ramai melawan dan mencegah budaya buli siber dengan memberi pengajaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Caprice berkata, masyarakat pada masa kini tidak boleh terlalu manjakan generasi muda sehingga mereka lupa akan adab dengan orang disekeliling. “Jom kita sama-sama pejuang dan lawan budaya buli siber. “Kita tak boleh terlalu manja sangat dengan generasi sekarang yang tak kenal apa tu adab. InsyaAllah, pengajaran untuk kami semua,”katanya lagi. Sebelum ini, pemuda berkenaan berlutut minta maaf depan isteri Caprice selepas memaki anaknya, Airiel Qashaf di media sosial. Disebabkan marah, Farra Inalis atau biasa disapa Elis telah meminta agar pemuda terbabit berlutut meminta maaf sebelum memberi amaran untuk tidak melakukannya lagi kepada sesiapa pun diluar sana. Bagaimanapun, tindakan Elis meminta pemuda berkenaan melutut meminta maaf mengundang kecaman sehingga menerima teguran daripada beberapa pihak termasuk penceramah bebas, Syamsul Debat Sumber: IG capricedaddycap #caprice #berlutut #mintakmaaf #selesai #moveon
00:16Budak2 age 19, now days gaji bersih RM1100 nak beli X50, umur 19, aku dulu naik proton saga lama gi kolej (pinjam ayah punya) tu pun dah rasa syukur nikmat 🥲 Sumber: X Rusydi_RL, 📷 TT: nfkyraaaa #X50 #X70 #budak
Tular sebuah video memaparkan berlakunya sebuah kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE),arah Barat dari Lunas ke Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam. Menerusi video tular, mangsa dlihat sedang menunggang motosikal sebelum bergesel dengan sebuah lori yang secara tiba-tiba membelok ke kiri di lorong kecemasan. Impak daripada insiden tersebut, mangsa yang juga pemuda berusia 19 tahun berkenaan dilihat terbabas sebelum tercampak ke atas besi penghadang di tepi lebuh raya terbabit. Akibat pergeselan itu, motosikal dinaiki mangsa terbabas ke sebelah kiri jalan dan mengalami kecederaan parah sehingga tangan terputus (sebelah kiri). Mangsa yang dikenali sebagai Irfan Azim dan berasal dari Kampung Surai Bakai, Kuala Ketil, Kedah dilihat meraung kesakitan dan memohon pertolongan orang awam sebelum dikejarkan mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, terdahulu, polis menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan motosikal dan lori itu, pada 12.20 tengah hari. Menurutnya, dalam insiden itu, mangsa berusia 19 tahun menunggang motosikal dari arah Kulim, Kedah, ke arah Seberang Jaya sebelum ia bergesel dengan sebuah lori dari arah sama. Pihak polis juga memohon orang ramai yang mempunyai maklumat dan melihat kejadian berkenaan tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: X MOFASAD, Harian Metro (Nur Izzati Mohamad) #lebuhrayabke #irfanazim #kampungsuraibakai #kualaketil #lebuhrayabutterworthkulim #alfatihah #salamtakziah
00:16Penceramah bebas, Syamsul Debat menyatakan bahawa agama Islam tidak mengajar mana-mana pihak untuk meminta maaf sehingga menjatuhkan maruah diri lebih-lebih lagi sesama manusia. Memetik laporan dari Harian Metro, Syamsul Debat yang mengulas isu isteri kepada penyanyi rap yang meminta seorang pemuda melutut meminta maaf susulan memaki anaknya yang baru sahaja berusia 60 hari. Ujarnya, memohon maaf dan memberi kemaafan adalah perkara paling mulia di sisi Allah namun berat untuk dilakukan. Jadi, tindakan meminta maaf dan memaafkan seharusnya tidak perlu meletakkan sebarang syarat sehingga boleh mengaibkan dan menjatuhkan maruah seseorang. “Selalu dalam ceramah, saya cakap minta maaf dan memaafkan ini syaratnya satu saja iaitu tidak perlu ada sebarang syarat. “Maknanya, kalau hendak memaafkan orang, jangan letak syarat, contohnya ramai orang kita ini kalau minta maaf kena macam itu atau macam ini sedangkan itu bukan caranya. “Cara Islam, yang meminta maaf dan memaafkan perlu ikhlas dan sama-sama merendahkan diri bukannya sampai menjatuhkan maruah orang lain,” katanya. Jelasnya lagi, perkara sebegitu sepatutnya tidak berlaku kerana ia tidak dianjurkan dalam Islam dan masih lagi dalam bulan Syawal. “Tak kisah hendak meminta maaf itu secara terbuka tetapi jangan sampai memalukan orang kerana Islam tak ajar macam itu. “Mungkin kita hendak cerita dekat orang lain dia itu buat apa, tetapi apa yang lebih penting kita hendak pelaku itu meminta maaf. “Bukan bermakna yang meminta maaf itu juga perlu meletakkan diri sampai macam itu sekali kerana sepatutnya pihak yang memaafkan juga perlu sama-sama merendahkan diri,” katanya. Terdahulu, video yang dikongsikan Caprice telah menjadi perdebatan ramai susulan memuat naik momen sewaktu seorang pemuda bertemu isterinya, Farra Inalis susulan menghantar mesej menghina anak mereka, Airiel Qashaf dengan kata-kata kasar. Disebabkan marah anaknya disamakan dengan haiwan dan dajjal kecil, Farra Inalis meminta pemuda terbabit berlutut meminta maaf sebelum ditenangkan Caprice. Caprice telah membawa pemuda berusia 23 tahun itu ke masjid dan bersalaman sebelum menghulurkan sedikit wang bagi diberi kepada ibunya. Perkongsian pempengaruh tersebut telah memperoleh pelbagai respon daripada warganet. Ada yang merasakan tindakan pasangan suami isteri itu berlebihan namun ada juga yang menyokong apa yang dilakukan oleh mereka bagi memberi pengajaran kepada individu yang biadap. Sumber: Harian Metro (Mahaizura Abd Malik) #syamsuldebat #caprice #farrainalis #mintakmaaf #viral
00:14Satu video memperlihatkan seorang individu memecut motosikal dan meninggalkan rakannya yang sedang berlari kerana dikejar polis telah tular di media sosial. Menerusi muat naik seorang pengguna X dikenali sebagai rdnaiman, dapat dilihat individu sedang kelam kabut melarikan diri susulan dikejar oleh sebuah kereta peronda polis beserta beberapa orang anggota. Kejadian yang dikatakan berlaku di Kampung Bukit Kapar ini terjadi di satu persimpangan jalan di percayai di Jalan Pasar Malam, Klang dan disaksikan orang awan yang kebetulan berada di sana. Situasi cemas itu hanya mampu dilihat mereka apabila sebuah motosikal memecut laju meninggalkan seorang lagi rakannya yang masih berlari melepaskan diri sambil tangan memegang kemas sebuah beg tangan. Beberapa anggota polis juga diliht berlari menyeberangi jalan demi mendapatkan mereka mungkin disebabkan tindakan yang dilakukan sebelum aksi kejar-mengejar itu berlaku. Menjengah ke ruangan komen, ramai mengulas tindakan individu yang menunggang motosikal itu kerana tergamak meninggalkan rakannya sewaktu situasi panik tersebut. Mereka juga menjangkakan rakan yang telah ditinggalkan berkenaan pasti memaki habis-habisan penunggang motosikal berkenaan kerana sanggup berlaku khianat seperti itu. Walau bagaimanapun, lokasi sebenar serta waktu kejadian tidak dapat dipastikan susulan video terbabit dikongsikan oleh pengguna X tanpa sebarang penjelasan lengkap. Sumber: X rdnaiman #poliskejar #mpv #kampungbukitkapar #jalanpasarmalam #klang
00:45Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies rapat selepas aktor itu berkongsi masalah rumah tangganya dengan aktress berkenaan dan dia berkata tindakannya itu merupakan satu kesilapan besar. Menerusi satu podcast The Common Folks, Aliff berkata dia tidak pernah merancang untuk meluahkan masalah rumah tangganya kepada Ruhainies. Menurut Aliff, hubungannya bersama isteri, Bella Astillah sebenarnya sudah bermasalah sebelum penggambaran drama ‘Terjerat’ dimulakan. Katanya, dia tidak pernah merancang untuk berkongsi masalah rumah tangganya dengan Ruhainies, malah aktres itu sendiri tidak pernah bertanya. Namun begitu, menurut Aliff disebabkan pergaduhan antaranya dan isteri, Bella Astillah, ia telah menjejaskan prestasi kerja pelakon itu. Tambah Aliff, sepanjang pengambaran itu, dia mula berkongsi sedikit demi sedikit berkenaan masalah rumah tangganya sedikit demi sedikit. Dalam pada itu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz berkata, jika masa dapat diputar kembali, dia pasti tidak akan sesekali berkongsi masalah peribadi dengan Ruhainies. Terdahulu, Aliff terpalit kontroversi selepas ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah. Pada 13 Mac, Bella telah memfailkan cerai ekspress terhadap Aliff namun aktor berusia 33 tahun itu enggan menceraikan isterinya atas alasan masih menyayanginya. Tidak lama kemudian, kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine tampil mendedahkan hubungan sebenar antara aktor itu dan Ruhainies. Selepas pendedahan itu, semakin ramai warga maya yang mengecam Aliff dan Ruhainies kerana ternyata benar kedua-dua pelakon itu mempunyai hubungan sulit. Sumber: YT TheCommonFolks #aliffaziz #ruhainies #bellaastillah #tawarhati
03:23TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23similar
JoonnerMy
@joonnermy_official191.24K
followers
2.04K
videos
Maria Ourens
@mariaourens02165.63K
followers
726
videos
Irenee 🦂
@wirene156.04K
followers
254
videos
🐇MoonBunny🌘
@t.d.a.d146.33K
followers
618
videos
Baby
@cngggg_141.78K
followers
56
videos
Mamashanum22
@shanummom22140.99K
followers
270
videos
Hailey
@yeliah_hp130.12K
followers
95
videos
mx
@yykuourar55128.94K
followers
0
videos
ม้วนฟิล์ม
@filmyahoo128.05K
followers
623
videos
Dessa Cado 🇵🇸
@shopwithdessa127.93K
followers
782
videos
other
divikuttan
@divin_prabhakaran1.26M
followers
755
videos
poojaaraajput
@poojaaraajput154.65K
followers
411
videos
🖤🪽•𝐿𝑒𝐿𝓊•💫🦋
@_bbysayang126.21K
followers
272
videos
exotichippo
@exotichippo81.89K
followers
447
videos
Kia
@kiagiron_35.39K
followers
38
videos
GilaBolaa7
@gilabolaa728.11K
followers
86
videos
❤️🇨🇦 พี่วี ยุสหลัก 🇨🇦❤️
@cseukpanya0413.19K
followers
134
videos
Febri Fahrurrozi
@febrifah6.90K
followers
200
videos
🔰ปุ้มปุ้ยเองฮ๊ะ🔰
@jantana19936.72K
followers
1.21K
videos
Narla, Soulja Boy & Luna
@narla_xl_bullyx5.80K
followers
485
videos